Monday, April 21, 2008

Nora Danish akui bahagia hidup berumah tangga


Gosip artis yang hangat diperkatakan sekarang adalah berkenaan desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pelakon jelita, Nora Danish dan suaminya, Rizal Ashram Ramli yang dibina dua tahun lalu. Pasangan itu juga dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung, dengan antara sebab yang dikaitkan dengan punca rumah tangga mereka berantakan ialah ketiadaan cahaya mata dan kehadiran orang ketiga.

Kisah itu bertambah hangat apabila kononnya berlaku pergeseran antara Nora dan seorang lagi aktres popular dalam satu majlis tahlil baru-baru ini, yang dikatakan cuba merampas suaminya. Bagaimanapun, beliau baru-baru ini, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, malah menyifatkan ia cuma khabar angin bertujuan memporak-perandakan kehidupan mereka suami isteri.

  • Nama Penuh: Nora Mohd Danish Haniff
  • Tarikh Lahir: 7 Mac 1982
  • Asal: Kajang, Selangor
  • Kerjaya: Model dan Pelakon
  • Komersial: Sunsilk, Esso, Intimate, Walls Cornetto, Hotlink
  • Sitkom: Puteri
  • Drama/Telemovie: Pendekar 5, Cinta KLCC, Gadis Cuci dan Celak Pak Andam
  • Filem: Gila Gila Pengantin Popular dan Senario - Pemburu Emas Yamashita

Mengaku bercinta juga akhirnya

Tak habis-habis gosip tentang Mawi yang dikatakan bercinta dengan Nora'Asikin Rahmat (Ikin). Dulu beliau banyak menafikan perhubungan mereka, tetapi sekarang dah sebaliknya. Beliau sendiri mengaku, bahawa Ikin adalah pilihan hatinya. Bila difikir-fikirkan kembali, kadang kala naik meluat dengan perangai Mawi nie yang suka berdalih. Dulu orang ramai yang menyanjung beliau. Dari pada kanak-kanak hinggakan ke orang tua, semua menyanjungi beliau. Tetapi tengoklah sekarang. Banyak yang sudah mengundurkan diri...

Sunday, April 20, 2008

Ebi Kornelis dicemuh!

Kesian Ebi Kornelis, 24. Tak habis-habis cemuhan dilemparkan kepada beliau sejak dikaitkan dengan juara AF5, Nursyarmilla Jirin atau Mila yang dikatakan tidak kesampaian. Cerita yang banyak didengar kononnya Ebi adalah seorang lelaki yang panas baran, kuat cemburu, tidak setia pada cinta serta ringan tangan. Namun begitu adakah itu penyebab hubungan mereka retak. Selain itu ada juga desas desus yang menyatakan hubungan mereka retak gara-gara Mila menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan berbangsa Cina. Walaubagaimana pun Ebi... banyaklah bersabar.

Wednesday, April 16, 2008

Kisah aksi ranjang Ella dan Jojie


Tak habis-habis dengan isu super impose. Kali ini dikatakan pula Ella dan kakaknya - Jojie disoal siasat oleh polis ekoran pendedahan email yang mengatakan mereka melakukan adegan ranjang dengan pasangan masing-masing di atas sebuah kapal mewah. Jojie juga sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan penyebaran gambar tersebut. Menurut Jojie lagi, ini adalah salah satu perbuatan jahat yang ingin menjatuhkan maruah dia dan adiknya; Ella.
Dari tinjauan yang kami buat, ramai yang mengharapkan Ella dan Jojie cepat-cepat kawin bagi mengatasi masalah ini. Biasa la orang.. kalau isu pasal perempuan berumur sikit memang panas!

Tuesday, April 15, 2008

Mawi Kurang Menyerlah!



KALAU diukur dari segi populariti, tidak dinafikan penyanyi kelahiran selatan tanah air, Asmawi Ani atau Mawi masih lagi hebat dan belum mampu digugat sesiapa. Jika tidak, masakan kategori Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian kekal di dalam genggamannya untuk tiga kali berturut-turut.

Namun apakah cukup sekadar populariti yang dapat dipertahankan sedangkan tahap kredibiliti sebagai seorang artis masih lagi jauh ketinggalan. Persoalan ini timbul apabila menyaksikan persembahan Mawi sewaktu Bintang Paling Popular itu mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha anjuran PNB Darby Park, yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, baru-baru ini.

Entah mengapa sepanjang sejam menonton penyanyi ini beraksi di atas pentas, bagaikan ada sesuatu yang tak kena dengan persembahan Mawi. Apa yang boleh dikatakan, persembahan jejaka dari Felda Taib Andak, Kulai ini tidak menggambarkan kualiti sebuah persembahan Minggu Setiausaha dalam erti kata yang sebenarnya.

Jika suatu ketika dulu, persembahan seperti ini amat ditunggu-tunggu kerana hanya artis yang terbaik saja yang akan ditampilkan, tapi sejak kebelakangan ini, sesiapa saja boleh mengendalikan minggu setiausaha.

Berbalik kepada kisah Mawi tadi, bukanlah bermakna persembahan yang ditampilkan lelaki ini tidak menghiburkan cuma apa yang ditonjolkannya adalah di tahap ‘biasa-biasa’ saja.

Ini berbeza dengan apa yang ditampilkan oleh pasangannya iaitu pelakon dan pengacara terkenal, AC Mizal yang boleh dikatakan jauh lebih baik daripada Mawi. Mungkin ada yang mengatakan pengalaman membezakan mereka berdua namun kalau kita bersedia dan merancang dengan teliti apa yang hendak dilakukan, tidak mustahil ia mampu menghasilkan sebuah pertunjukan yang hebat.


MEMUKAU: Aksi hebat AC Mizal ketika menghiburkan tetamu.

Secara jujur, AC dilihat lebih mampu menghidupkan suasana apabila tampil dengan idea menarik seperti membawa kumpulan brass band dari Victoria Institution untuk mengiringinya menyampaikan lagu I Feel Good untuk acara pembukaan. Nampak begitu meriah dan kebanyakan tetamu yang hadir terhibur dengan gaya persembahan ala festival itu.

Begitu juga apabila tiba bab berkomunikasi, ada ketika Mawi nampak begitu teragak-agak sehingga memaksanya mengulang cerita yang sama iaitu kisah albumnya yang menjadi mangsa cetak rompak, yang pernah diceritakan dalam persembahannya sebelum ini.

Begitu juga dengan pemilihan lagu, AC ternyata lebih bijak dan kreatif apabila menyelitkan lagu dari pelbagai jenis bahasa sedangkan Mawi hanya menyanyikan lagu Melayu walaupun ada peminat di bawah pentas menjerit-jerit memintanya menyanyikan lagu Inggeris.

Mengulas perkara ini pada sidang media kemudiannya, Mawi berkata dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak menyanyikan lagu dalam bahasa Inggeris.

“Persembahan ini boleh dikatakan sebagai peluang saya mempromosikan lagu dari album terdahulu. Lagipun yang mendengarnya adalah orang Melayu, jadi semangat kemelayuan pun kuat.

“AC pun ada nyanyikan lagu Inggeris sebelum saya muncul. Jadi itu sudah menjadi satu kombinasi yang seimbang. Tadi pun saya ada nyanyi dua baris lagu Inggeris, kira okeylah tu...,” balas Mawi berseloroh.

Seperkara yang agak menghairankan mengenai persembahan Mawi adalah kali ini dia tidak menampilkan acara silap mata seperti yang sering dilakukannya sebelum ini.

“Mengenai perkara itu, memang saya terkilan kerana tak berkesempatan nak buat. Bukannya apa, masalah masa membuatkan banyak perancangan saya tergendala. Bukan itu saja, malah perancangan awal saya untuk berduet dengan AC juga tidak terlaksana kerana kesibukan,” ujar Mawi.

Perkara itu turut dipersetujui AC yang turut terkilan kerana tidak dapat membuat persembahan bersama si pelantun Aduh Saliha itu.

“Mengikut perancangan awal, saya dan Mawi akan membuat persembahan gabungan silap mata dan komedi. Tapi semuanya tak jadi kerana faktor masa,” tambah pengacara AF6 ini.

Bagaimanapun, seperkara yang tidak dapat dinafikan mengenai buah hati pengarang jantung pelakon Ikin ini adalah aura yang dimilikinya masih tetap utuh. Pantang turun ke pentas, ada saja peminat yang ingin merakamkan gambar bersamanya.

Malah, nyanyiannya sewaktu mendendangkan lagu Kian beberapa kali terganggu kerana begitu asyik melayan kerenah peminat yang begitu teruja apabila berpeluang bertentang mata dengannya.

Pencerapan Bulan, Marikh dan Zuhal

Pihak Planetarium Negara akan menganjurkan Program Pencerapan Bulan, Marikh & Zuhal yang akan diadakan pada:

Tarikh : 18 April 2008

Masa : 8:00 pm – 10:00 pm

Tempat : Perkarangan Tangga Planetarium Negara

Untuk keterangan lanjut;

Cik Lau Chen Chen
Planetarium Negara,
53 Jalan Perdana, Kuala Lumpur
Tel: 03-2273 5484
Fax: 03-22735488

Waheeda Dah Nikah?

Ustaz Akhil Hayy & Waheeda

Baru-baru ini kecoh lagi sekali meja Team Manggaonline dengan berita pasal pernikahan penyanyi, pelakon dan pengacara yang jelita dan bertudung litup, Waheeda dengan seorang selebriti bergelar ustaz, Akhil Hayy.

Yang menjadi kecohnya sebab ustaz yang dikatakan tu masih memiliki seorang isteri dan anak-anak. Tetapi digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan Waheeda yang dikenali sebagai Wawa sejak sama-sama terlibat dalam satu program terbitan Astro.

Wawa pula memberi penjelasan bahawa itu semua adalah gosip biasa dan hanya satu cerita lama yang dibangkitkan semula serta asam garam dunia artis dan harus ditempuhinya.

Dalam satu kenyataan media, ibu Wawa menerangkan bahawa beliau tidak menolak jika andai jodoh Waheeda dengan seorang ustaz.

“Terus terang saya katakan, saya tidak tolak jika ditakdirkan jodoh Wawa dengan seorang ustaz. Siapa yang tak mahu bermenantukan seorang yang alim dan pandai bab-bab agama? Tapi biarlah ustaz itu yang belum bernikah dan tak ada anak bini,” Kata ibu kepada artis kecil molek ini.

Sebelum ini, Wawa pernah digosipkan bercinta dengan seorang penyanyi daripada sebuah kumpulan nasyid yang agak dikenali ramai. Yang mana satu pilihan Wawa samada yang bujang atau sudah berkeluarga? Atau benarkah Wawa dah nikah dengan seseorang?